Apa itu t-shirt? t-shirt murah di my printing 2 u

T-shirt merupakan pakaian kasual yang pertama muncul di pasaran Amerika setelah didapati para perlayar Tentera Laut Ameria gemar memakainya kerana ciri-cirinya yang selesa dan ringkas, ketika di era perang Amerika Sepanyol.
T-shirt popular ketika itu adalah t-shirt Crew-Neck berlengan pendek, ia diguna pakai oleh para pelayar sebagai pakaian dalam untuk dipakai di bawah pakaian seragam, tidak lama kemudian ia telah diterima pakai oleh tentera sebagai pakaian “standard issue” dan di berikan kepada semua anggota tentera.
T-shirt mendapat nama ikonik dari bentuknya yang menyerupai huruf “T”. pekerja pelabuhan, petani, pelombong, dan pekerja buruh binaan juga gemar memakai t-shirt kerana kainnya yang lebih ringan dan selesa dipakai semasa cuaca panas

Menjelang tahun 1920-an “T-shirt” menjadi perkataan rasmi Amerika-inggeris dalam kamus Merriam-Webster.
Baju T-shirt terawal dicetak mungkin adalah milik akademi tentera udara Amerika Kor Meriam. sebagai bukti, ia muncul di muka depan majalah LIFE pada Julai 13 1942.
Selain daripada veteran dan pekerja kolar biru, populariti t-shirt meroket ke tahap yang lebih tinggi apabila Marlon Brando memakai satu, kemudian Ia menjadi kegilaan orang ramai untuk memakainya sebagai pakaian kasual.
Pada tahun 1960-an, T-shirt menjadi satu cara eksperi diri sebagai seni boleh pakai dan juga untuj menyampaikan pengiklanan komersial, mesej cenderamata, dan protes.

Hari ini banyak jenis aplikasi reka bentuk yang digunakan pada t-shirt antaranya adalah, Cetak saring (silkscreen), Heatpress (pemindahan haba), CMYK, dan secara sulam.
untuk ketahui t-shirt yang kami sediakan: T-shirt
untuk order atau sebarang pertanyaan berkenaan my printing 2u: Print t-shirt Anda
untuk ke kedai dan showroom kami: Showroom

Leave your vote

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *